-->

Yaya Suraya

Thursday, 3 January 2013

Kau Pergi Jua..

Assalamualaikum..

Ingat lagi tak post dak Sue tentang kawan dak Sue yang menghidapi kanser tulang?? Semalam dia baru je meninggalkan kitaorang.. Semalam kan hari pertama sekolah bagi sesi 2013.. Pagi tu memang takda mood nak pergi sekolah coz dak Sue dah Form 5.. Tak sanggup rasanya nak mengadap SMP tahun ni.. Pagi tu ada perhimpunan, masa pegetua tengah bercakap tetiba dia berhenti then dia cakap:

"saya terpaksa berhentikan sekejap ucapan saya untuk memberitahu kamu semua tentang satu berita sedih,
rakan kamu iaitu Muhammad Syukri TambiChik dari kelas 5 Sains  telah meninggal dunia pagi tadi"

Masa tu, Ya Allah hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan dak Sue, Kawan -kawan dak Sue mostly dah menagis.. Dak Sue memang tak jangka seawal itu arwah akan pergi coz hari Isnin sebelum sekolah kawan dak Sue ada melawat dia, doktar kata dia macam dah ok sikit.. Pagi tue dalam pukul 11cikgu-cikgu bawak kitaorang sekelas pergi menziarahi jenazah arwah kat rumah.. Sampai je lepas salam-salam makcik kat depan rumah tu dak Sue dan kawan-kawan masuk.. Masuk je dak Sue nampak satu mayat dekat ruang tamu rumah tu.. Dari awal pengguguman pasal kematian dia dak Sue masih mampu tahan diri dari menagis.. Tapi bila tengok je mayat dia, dak Sue memang tak dapat tahan lagi.. Dak Sue macam tak percaya ja yang dak Sue baca Yassin untuk arwah kawan dak Sue sendiri dan  datang ke kenduri arwah kawan dak sue sendiri.. Ya Allah ..

Susah untuk dak Sue terima coz masa mula-mula dia masuk hospital tu dak Sue melawat dia, dia boleh cakap 'Bila lah aku nak balik, homework banyak lagi yang tak siap ni.. " lah-lah  buka-buka sekolah arwah dah tinggalkan kitaowang..
Dak Sue ingat lagi dak Sue masuk debat dengan arwah wakil sekolah.. kawan dak Sue Hidayah jadi menteri pertama, arwah menteri kedua dan dak Sue menteri ketiga.. Masa tu kitaorang rapat .. Tapi ada satu cerita yang membuatkan arwah jadi kurang rapat dengan dak Sue.. Masa dak Sue datang rumah arwah, mak arwah tak menagis pun, mak arwah dah redha dengan takdir Allah.. Mak arwah mesti dah tak sanggup tengok arwah yang teruk menahan sakit..

Semoga Allah meletakkan arwah ditempat orang-orang yang beriman..

*Al-Fatihah*

Posted by Bila Mana Kenape at 00:37
Email ThisBlogThis!Share to XShare to Facebook

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Gomahwo

'Click' Saya Lapar

Tinggalkan Pesanan

INFO

\suraya ramli
03 february 1996
muslimah
malacca

My Sweet Heart

My Sweet Heart
Happy Family

Hakak Kawasan

Hakak Kawasan
SurayaRamli

My Bling Bling Boyfriend

My Bling Bling Boyfriend
L.Joe (Teen Top)

My Sweet-sweet Crush

My Sweet-sweet Crush
Ariz Lufias (Forteen)

FACEBOOK

Suraya Ramli Sue

Create your badge

Blog Archive

  • March (1)
  • November (1)
  • October (2)
  • April (1)
  • December (1)
  • November (2)
  • September (1)
  • August (1)
  • July (2)
  • June (2)
  • May (2)
  • April (1)
  • March (1)
  • February (3)
  • January (1)
  • December (7)
  • June (1)
  • April (1)
  • February (1)
  • January (2)
  • December (2)
  • October (4)
http://chitchotstory.blogspot.com/. Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.