-->

Yaya Suraya

Tuesday, 25 December 2012

Semoga Kau Sembuh

Assalamualaikum,,

Hari ini mood post kali ini adalah sedih..
Hari ini dak Sue dapt tahu tentang seorang kawan sepejuangan dak Sue yang akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ni terlantar sakit kanser tulang then sekarang dia terpaksa bernafas menggunakan mesin coz paru-paru dia sukar untuk berfungsi.. Kawan dak Sue yang melawat dia cakap kanser dia dah tahap 4..
Ya Allah tak pernah dak Sue jangka dia yang agak aktif dalam sukan ada peyakit macam tu..
Dia tu dah lah budak pandai.. Tapi nak buat macam mana tu dah bahagian dia..


                                        

tengok muka pun dah tahu dia ni macam mana kan?? Dia ni memang budak baik..

Korang-korang yang dekat luar sana tu yang ada terbaca post ni.. Dak Sue harap korang juga tolong doakan dia supaya boleh sembuh dari penyakit yang sekarang dia hidapi.. Dak Sue sangat menghargai doa yang korang .. Semoga korang mendapat rahmat Allah kerana memdoakan kesejahteraan kawan dak Sue yang sorang ni..



Posted by Bila Mana Kenape at 07:34 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to Facebook

Thursday, 20 December 2012

Tempat Menarik Di Malaysia !!

Assalamualaikum..

Hari ini dak Sue nak share dengan korang tempat-tempat menarik yang ada dekat Malaysia ni.. Ikutkan memang semua orang sedia tahu tentang tempat2 menarik dekat Malaysia betul tak?? Tapi entah kenapa malam tadi dak Sue mimpi , dak Sue buat post dekat blog tentang tempat-tempat menarik dekat Malaysia.. Setiap kali taip nama tempat tu tetiba je dak Sue ada dekat situ.. Mimpi yang ridiculous haha..

1)Pulau Redang

         

Dalam banyak-banyak pulau dekat Malaysia ni, ni lah pulau yang paling dak Sue nak pergi.
Pulau Redang merupakan salah satu Pulau yang terletak di Luat China Selatan.. Pulau Redang juga merupakan salah satu tapak pemuliharaan penyu yang penting di Terengganu. Korang boleh berkunjung ke Pulau Redang dengan menaiki bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peraginan di Malaysia ni.
Jaraknya dari jati Kampung Penaik adalah dalam 30 kilometer(lebih kuranglah). Terdapat juga lapangan terbang kecil di pulau ni.

2) Pulau Sipadan

                  


Pulau Sipadan yang berada di Sabah ni memang menarik perhatian dak Sue. Tengok gambar pun dah tahu Pulau ini tersangatlah indah.. Sangat sempurna ciptaan tuhan kan?? Pulau yang berhampiran dengan Semporna ni adalah salah satu tempat yang paling baik dan bagus di dunia (DUNIA TAW) untuk membuat aktiviti menyelam skub ( scuba diving) .. Mengikut keputusan undian umum yang di keluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik  dunia .. Pulau Sipadan  tersenarai dalam 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009..  Wahhh sumpah bangga jadi rakyat Malaysia..

3) Cameron Highland

           

Hah kalau nak yang tempat yang agak sejuk, nilah tempatnya.. Memang kelas kau Jah..
Dulu tempat ni sejuk tapi sekarang dah kurang sejuk..  Kalau agak-agak korang nak rasa Strawbarry segar lai-lai datang lah sini.. Cameron Highland juga dikenali sebagai Mangkuk Hijau Malaysia..

4) Bandar Hilir Melaka

     

Bagi korang mnarik tak tempat ni?? Bagi dak Sue, tempat nie sangat menarik.. Bukan sebab dak Sue orang Melaka tapi sebab dak Sue minat sejarah.. Dekat sini banyak benda yang korang boleh lawat.. Macam-macam input yang korang boleh dapat kalu korang melawat muzium-muzium yang ada dekat bandar hilir ni.. Serious tak tipu, harganya pun murah je( dalam RM5-10)  ..



Hari ini tu jelah yang dak Sue nak Share.. Malaysia boleh!! hahha



*meowmeowmeow gomahwo*
Posted by Bila Mana Kenape at 01:09 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to Facebook

Wednesday, 12 December 2012

Nak Buat Novel..

Assalammualaikum..
 Selamat malam.. benarnya dak Sue teringin sangat buat novel.. Secara jujurnya dah ada dua cerita dalam netbook comel dak Sue ini  yang dak Sue dah buat jalan ceritanya dan hanya tinggal untuk diolah menjadi karya yang boleh dipanggil novel.. Tetapi dak Sue belum ada masa lagi nak mengolahnya... yelah budak nak SPM lah katakan..Kalau ikutkan hatii nak je dak Sue olah sekarang jugak.. tetapii memandangkan cuti kali ini banyak homework dari 10 matapelajaran yang dak Sue ambil dan ditambah lagi beberapa matapelajaran  yang perlu dak Sue study balik untuk bab-bab form 4 .. tak dapatlah dak Sue olah sekarang.. korang nak baca tak Sinopsis pendek novel yang dak Sue buat??

Novel Pertama:
Novel yang belum diberi tajuk ini menceritakan kisah hidup seorang gadis yang bernama Nurul Safi Syaafiya yang berlatarkan kehidupan yang sederhana.. Berhijrah ke bumi Korea atas tujuan melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Perhotelan dan sekali gus menjadi seperti ayahnya yang terlibat dalam dunia perhotelan..Accident yang berlaku didalam kapal terbang yang dinaikinya untuk ke Korea menjadikan dia terikat dengan mamat yang menjengelkan yang bernama Megat Mirza Alfie.. Megat Mirza Alfie mengugut akan menyamannya  jika tidak menurut perintah lelaki itu.. Megat Mirza Alfie adalah lelaki yang telah di kecewakan oleh seorang insan yang bernama Tengku Iman Idurah lalu membawa diri ke Korea atas alasan melanjutkan pelajaran. Lama kelamaan hati perempuan milik Nurul Safi Syafiya tertarik dengan lelaki yang dianggap amat menjenkelkan.. Dalam masa yang sama hati lelaki Megat Mirza Alfie dapat melupakan cinta pertamanya dan menerima Nurul Safi Syafiya sebagai cinta kedua dan terakhir baginya.. Setelah hampir tiga tahun dibumi  Korea mereka pulang ke tanah air.. Kerana takdir Nurul Safi Syafiya dan Megat Mirza Alfie berpisah dan kerana takdir jugalah mereka bertemu kembali ..  Setelah usia perkahwinan mereka hampir satu tahun Tengku Iman Idurah kembali muncul dalam hidup Megat Mirza Alfie untuk menagih cinta pertamanya itu.. Adakah cinta Megat Mirza Alfie tetap utuh untuk Nurul Safi Syaafiya iaitu cinta kedua dan terakhir baginya atau cintanya rapuh setelah mendengar cerita sebenar dari cinta pertamanya iaitu Tengku Iman Idurah..


hehe.. Berdasarkan sinopsis yang dak Sue taipkan ni,, korang tertarik tak nak baca?? Kalau tak tetarik takpalah..Biasalah novel yang dikarang oleh budak sekolah macam dak Sue ni memang banyak cacat celanya..hehe..Tapi dak Sue yakin cerita ini tiada copy paste dari mana-mana pihak..  Cerita ini adalah khayalan dari mahluk allah yang bernama SURAYA BINTI RAMLI (bajet tulis nama hurup besar)..haha

*meowmeowmeow gomahwo*
Posted by Bila Mana Kenape at 05:43 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to Facebook

Monday, 10 December 2012

Ciri-Ciri Lelaki Idaman Melaya

 Salam,
Hari ini dak Sue nak share dekat insan yang bernama lelaki diluar sana, bagaimana menjadi lelaki idaman kaum hawa.. Korang nak tahu tak?? Menurut survey dak Sue selama beberapa minggu ni terdapat beberapa ciri-ciri lelaki yang sangat di idam-idamkan oleh gadis-gadis diluar sana antaranya:

1) LELAKI YANG BERIMAN



lelaki yang beriman sangat di impikan oleh setiap insan yang bernama wanita. Ini kerana wanita mengharapkan lelaki yang mampu membimbingnya kejalan yang diredhai Allah sekaligus mampu menjadi imam kepada keluarganya kelak..

2) LELAKI YANG BERKERJAYA



Kenapa perempuan memilih lelaki yang berkerjaya?? pastinya kebanyakan lelaki akan menganggap perempuan tersebut mata duitan..  Anggapan anda adalah sama sekali SALAH.. Sebenarnya kebanyakan perempuan memilih lelaki yang berkerjaya kerana kehidupan dengan lelaki berkerjaya lebih terjamin.. Hal ini kerana perempuan tidak mahu kehidupan selepas kahwin melarat dan hidup bergelumang hutang. bukannya perempuan itu  ingin mengkikis duit pasangannya tetapi cukuplah untuk tidak hidup tanpa menyusahkan orang lain.. Bayangkanlah bagaimana hendak hidup dizaman moden ini dengan gaji hanya RM 1000 kebawah..bayang-bayangkanlah bagaimana keadaan anak bini korang nanti. 

3) LELAKI YANG MELINDUNGI PEREMPUAN




Lelaki mestilah seorang yang mampu melindungi perempuan dengan sebaik mungkin dan bukan yang yang menghancurkan hidup kaum hawa.. Jangan pernah mengambil kesempatan diatas kelembutan seorang insan bernama wanita.
4)LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA WANITA
Lekali yang sebegini sangat diperlukan oleh wanita untuk menghadapi sebarang dugaan dan cabaran..





5) LELAKI YANG KELAKAR


Lelaki yang kelakar selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension. Jadi lelaki kelakar mampu membuat hati yang sedih bertukar gembira.


6) LELAKI YANG PRIHATIN



Disamping lawak, korang juga perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
7) LELAKI YANG PEMBERSIH
Lelaki jenis ini ada salah satu jenis lelaki yang semakin pupus dekat Malaysia ni. Lelaki jenis ini sangat susah nak jumpa. So sebelum korang bercadang nak usha perempuan-perempuan dekat luar sana tu pastikan korang ni berada dalam keadaan yang kemas dan pembersih.
8)LELAKI YANG MEMPUNYAI GAYA TERSENDIRI





Korang mestilah mempunyai gaya korang tersendiri, tak perlulah korang beriya-iya nak ubah gaya alah-alah kpop sebab awek yang korang nak usha tu minat kpop.. jadi je diri korang(peragai yang tak elok jangan lah korang tak cuba berubah) sebab kalau seseorang tu suka betul dekat lelaki tu, tak kisah lah macam mana gaya korang kalau dah fall in love tetap fall in love juga.


9)LELAKI YANG TIDAK MEROKOK

Lelaki jenis ini lagi lah pupus. Muka handsome2, tup -tup berkepul-kepul asap keluar dari mulut. Sakit kepala  dengan baunya.. Kenapa lelaki suka merokok?? katanya macho.. Tang mana macho nya cer cakap sikit??
Lelaki-lelaki dekat luar sana tolonglah buat-buat berhenti merokok, tak macho pon awak meroko tu, hancur adalah.. merosakkan peparu awak je dah tu membazir lah awak.. 

10)LELAKI YANG BERUPA(TAK PENTING SANGAT PUN)
  
HAH kalau korang berupa itu adalah pakej yang hebat allah kurniakan kepada korang so buat-buatlah tadah tangan dan bersyukur dengan kesempurnaan rupa yang Allah bagi tu.. dan jangan pula korang bongkak dengan kurnian-NYA..

OKlah itu jelah yang dak Sue nak kongsikan pada hari ini, harap mampu menjadi panduan korang-korang kat luar sana tue.. Kalau korang nak sebarang tips yang lain tulis-tulislah dekat ShoutBox dak Sue..

*meowmeowmeow gomahwo*
Posted by Bila Mana Kenape at 02:17 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to Facebook
Subscribe to: Posts (Atom)

Gomahwo

'Click' Saya Lapar

Tinggalkan Pesanan

INFO

\suraya ramli
03 february 1996
muslimah
malacca

My Sweet Heart

My Sweet Heart
Happy Family

Hakak Kawasan

Hakak Kawasan
SurayaRamli

My Bling Bling Boyfriend

My Bling Bling Boyfriend
L.Joe (Teen Top)

My Sweet-sweet Crush

My Sweet-sweet Crush
Ariz Lufias (Forteen)

FACEBOOK

Suraya Ramli Sue

Create your badge

Blog Archive

  • March (1)
  • November (1)
  • October (2)
  • April (1)
  • December (1)
  • November (2)
  • September (1)
  • August (1)
  • July (2)
  • June (2)
  • May (2)
  • April (1)
  • March (1)
  • February (3)
  • January (1)
  • December (7)
  • June (1)
  • April (1)
  • February (1)
  • January (2)
  • December (2)
  • October (4)
http://chitchotstory.blogspot.com/. Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.