-->

Yaya Suraya

Thursday, 25 July 2013

S.A.H.A.B.A.T

Assalamualaikum..

Sedih.. Sedih.. Sedih..

Wei, tolonglah jangan buat aku macam ni. Pleaselah jangan macam ni.. Aku gagal bukan salah kau or salah sesiapa.. Lagi pun malam sebelum kita exam bio 'n' fizik tu aku memang tak sentuh langsung buku bio n fizik sebab kepala aku sakit sangat masa tu.. Lepas balik terawih aku terus je tidur.. Lepas sahur pon aku tidur balik. Then tengoklah markah fizik yang aku minat tu pun jatuh.  SO Benda ni semua salah aku.. Kalau aku study bebetul untuk paper Biologi tu sure kita takkan macam ni.. Kalau nak katakan kau punca aku gagal , aku kawan dengan kau bukannye setahun or dua tahun lepas tapi dah lama.. Kenapa aku boleh je keputusan  dapat result PMR yang membanggakan mak aku tu??

Please!! Please!!Please!!

Memang kat sekolah kau akan nampak aku HUHAHUHA je even kau tak dekat dengan aku.. Tapi tuhan je tahu perasaan aku.. Tiap kali solat fardhu or sunat aku selalu mohon kat Allah supaya jaga ukhuwah kita daripada terputus.. Masa dalam kelas bio tu aku nampak air mata kau menitik.. Aku mintak maaf sangat masa tu sebab tak dapat nak pujuk kau sebab masa tu aku sendiri dalam kesedihan..


Petang tu aku hantar masej dekat kau apa salah aku kat kau sampai kau langsung tak nak dekat dengan aku (even aku dah tahu dari Fatiqah).. Tapi tak ada langsung respond dari kau.. sebelum aku berbuka aku tengok phone, selepas berbuka aku tengok phone, sebelum pergi terawih aku tengok phone, balik terawih aku tengok phone tapi mesaj dari kau langsung tak da dalam inbox aku.. Malam tu aku bukak sekejap fb and then aku pergi kat wall kau..



Kau post:

i'm sorry..
don't ask me why..
soon you will know..
 — feeling sorry.


Masa tu aku happy giler .. Masa tu aku yakin kau lari dari aku bukan sebab kau benci aku.. Tapi sebab kau nak aku hidup tanpa kau 'n' berjaya tanpa kau.. Tapi sejujurnya aku tak boleh.. Aku nak kawan-kawan aku sentiasa ada disamping aku macam family aku ada disamping aku.. Kau salah.. Aku tak boleh berjaya tanpa sokongan dari sahabat-sahabat aku termasuk kau..


Tadi kat sekolah aku rasa macam perkara ni jadi semakin teruk..Kau anggap aku macam tak wujud je dalam kelas tu.. Kau tanya dak Intan yang tengah duduk sebelah aku sedangkan soalan tu boleh je kau tanya kat aku.. Setiap kali kau buat macam tu air mata aku nak meleleh tapi aku cuba tahan. Sampaikan satu tahap aku pergi kat tong sampah untuk cover.

Aku sedih sangat. Aku rasa macam aku ni teruk sangat.. Sampaikan aku rasa nak sahaja mati sebab aku nak tahu apa perasaan kau bila aku dah dah takda.. Aku nak tengok kau ziarah tak jenazah aku bila aku dah tak da.. Kau bacakan tak Surah Yassin untuk aku.. Kau sedih tak di atas pemergian aku nanti..

Kau ingat tak mesaj yang kau hantar dekat aku lepas kau tengok gameshow kat KBS tu yang pasal friendship.. Aku terharu sangat baca mesaj tu..


MAAFKAN AKU..



Posted by Bila Mana Kenape at 09:38
Email ThisBlogThis!Share to XShare to Facebook

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Gomahwo

'Click' Saya Lapar

Tinggalkan Pesanan

INFO

\suraya ramli
03 february 1996
muslimah
malacca

My Sweet Heart

My Sweet Heart
Happy Family

Hakak Kawasan

Hakak Kawasan
SurayaRamli

My Bling Bling Boyfriend

My Bling Bling Boyfriend
L.Joe (Teen Top)

My Sweet-sweet Crush

My Sweet-sweet Crush
Ariz Lufias (Forteen)

FACEBOOK

Suraya Ramli Sue

Create your badge

Blog Archive

  • March (1)
  • November (1)
  • October (2)
  • April (1)
  • December (1)
  • November (2)
  • September (1)
  • August (1)
  • July (2)
  • June (2)
  • May (2)
  • April (1)
  • March (1)
  • February (3)
  • January (1)
  • December (7)
  • June (1)
  • April (1)
  • February (1)
  • January (2)
  • December (2)
  • October (4)
http://chitchotstory.blogspot.com/. Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.