-->

Yaya Suraya

Monday, 10 December 2012

Ciri-Ciri Lelaki Idaman Melaya

 Salam,
Hari ini dak Sue nak share dekat insan yang bernama lelaki diluar sana, bagaimana menjadi lelaki idaman kaum hawa.. Korang nak tahu tak?? Menurut survey dak Sue selama beberapa minggu ni terdapat beberapa ciri-ciri lelaki yang sangat di idam-idamkan oleh gadis-gadis diluar sana antaranya:

1) LELAKI YANG BERIMAN



lelaki yang beriman sangat di impikan oleh setiap insan yang bernama wanita. Ini kerana wanita mengharapkan lelaki yang mampu membimbingnya kejalan yang diredhai Allah sekaligus mampu menjadi imam kepada keluarganya kelak..

2) LELAKI YANG BERKERJAYA



Kenapa perempuan memilih lelaki yang berkerjaya?? pastinya kebanyakan lelaki akan menganggap perempuan tersebut mata duitan..  Anggapan anda adalah sama sekali SALAH.. Sebenarnya kebanyakan perempuan memilih lelaki yang berkerjaya kerana kehidupan dengan lelaki berkerjaya lebih terjamin.. Hal ini kerana perempuan tidak mahu kehidupan selepas kahwin melarat dan hidup bergelumang hutang. bukannya perempuan itu  ingin mengkikis duit pasangannya tetapi cukuplah untuk tidak hidup tanpa menyusahkan orang lain.. Bayangkanlah bagaimana hendak hidup dizaman moden ini dengan gaji hanya RM 1000 kebawah..bayang-bayangkanlah bagaimana keadaan anak bini korang nanti. 

3) LELAKI YANG MELINDUNGI PEREMPUAN




Lelaki mestilah seorang yang mampu melindungi perempuan dengan sebaik mungkin dan bukan yang yang menghancurkan hidup kaum hawa.. Jangan pernah mengambil kesempatan diatas kelembutan seorang insan bernama wanita.
4)LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA WANITA
Lekali yang sebegini sangat diperlukan oleh wanita untuk menghadapi sebarang dugaan dan cabaran..





5) LELAKI YANG KELAKAR


Lelaki yang kelakar selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension. Jadi lelaki kelakar mampu membuat hati yang sedih bertukar gembira.


6) LELAKI YANG PRIHATIN



Disamping lawak, korang juga perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
7) LELAKI YANG PEMBERSIH
Lelaki jenis ini ada salah satu jenis lelaki yang semakin pupus dekat Malaysia ni. Lelaki jenis ini sangat susah nak jumpa. So sebelum korang bercadang nak usha perempuan-perempuan dekat luar sana tu pastikan korang ni berada dalam keadaan yang kemas dan pembersih.
8)LELAKI YANG MEMPUNYAI GAYA TERSENDIRI





Korang mestilah mempunyai gaya korang tersendiri, tak perlulah korang beriya-iya nak ubah gaya alah-alah kpop sebab awek yang korang nak usha tu minat kpop.. jadi je diri korang(peragai yang tak elok jangan lah korang tak cuba berubah) sebab kalau seseorang tu suka betul dekat lelaki tu, tak kisah lah macam mana gaya korang kalau dah fall in love tetap fall in love juga.


9)LELAKI YANG TIDAK MEROKOK

Lelaki jenis ini lagi lah pupus. Muka handsome2, tup -tup berkepul-kepul asap keluar dari mulut. Sakit kepala  dengan baunya.. Kenapa lelaki suka merokok?? katanya macho.. Tang mana macho nya cer cakap sikit??
Lelaki-lelaki dekat luar sana tolonglah buat-buat berhenti merokok, tak macho pon awak meroko tu, hancur adalah.. merosakkan peparu awak je dah tu membazir lah awak.. 

10)LELAKI YANG BERUPA(TAK PENTING SANGAT PUN)
  
HAH kalau korang berupa itu adalah pakej yang hebat allah kurniakan kepada korang so buat-buatlah tadah tangan dan bersyukur dengan kesempurnaan rupa yang Allah bagi tu.. dan jangan pula korang bongkak dengan kurnian-NYA..

OKlah itu jelah yang dak Sue nak kongsikan pada hari ini, harap mampu menjadi panduan korang-korang kat luar sana tue.. Kalau korang nak sebarang tips yang lain tulis-tulislah dekat ShoutBox dak Sue..

*meowmeowmeow gomahwo*
Posted by Bila Mana Kenape at 02:17
Email ThisBlogThis!Share to XShare to Facebook

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Gomahwo

'Click' Saya Lapar

Tinggalkan Pesanan

INFO

\suraya ramli
03 february 1996
muslimah
malacca

My Sweet Heart

My Sweet Heart
Happy Family

Hakak Kawasan

Hakak Kawasan
SurayaRamli

My Bling Bling Boyfriend

My Bling Bling Boyfriend
L.Joe (Teen Top)

My Sweet-sweet Crush

My Sweet-sweet Crush
Ariz Lufias (Forteen)

FACEBOOK

Suraya Ramli Sue

Create your badge

Blog Archive

  • March (1)
  • November (1)
  • October (2)
  • April (1)
  • December (1)
  • November (2)
  • September (1)
  • August (1)
  • July (2)
  • June (2)
  • May (2)
  • April (1)
  • March (1)
  • February (3)
  • January (1)
  • December (7)
  • June (1)
  • April (1)
  • February (1)
  • January (2)
  • December (2)
  • October (4)
http://chitchotstory.blogspot.com/. Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.