Assalammualaikum..
Selamat malam.. benarnya dak Sue teringin sangat buat novel.. Secara jujurnya dah ada dua cerita dalam netbook comel dak Sue ini yang dak Sue dah buat jalan ceritanya dan hanya tinggal untuk diolah menjadi karya yang boleh dipanggil novel.. Tetapi dak Sue belum ada masa lagi nak mengolahnya... yelah budak nak SPM lah katakan..Kalau ikutkan hatii nak je dak Sue olah sekarang jugak.. tetapii memandangkan cuti kali ini banyak homework dari 10 matapelajaran yang dak Sue ambil dan ditambah lagi beberapa matapelajaran yang perlu dak Sue study balik untuk bab-bab form 4 .. tak dapatlah dak Sue olah sekarang.. korang nak baca tak Sinopsis pendek novel yang dak Sue buat??
Novel Pertama:
Novel yang belum diberi tajuk ini menceritakan kisah hidup seorang gadis yang bernama Nurul Safi Syaafiya yang berlatarkan kehidupan yang sederhana.. Berhijrah ke bumi Korea atas tujuan melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Perhotelan dan sekali gus menjadi seperti ayahnya yang terlibat dalam dunia perhotelan..Accident yang berlaku didalam kapal terbang yang dinaikinya untuk ke Korea menjadikan dia terikat dengan mamat yang menjengelkan yang bernama Megat Mirza Alfie.. Megat Mirza Alfie mengugut akan menyamannya jika tidak menurut perintah lelaki itu.. Megat Mirza Alfie adalah lelaki yang telah di kecewakan oleh seorang insan yang bernama Tengku Iman Idurah lalu membawa diri ke Korea atas alasan melanjutkan pelajaran. Lama kelamaan hati perempuan milik Nurul Safi Syafiya tertarik dengan lelaki yang dianggap amat menjenkelkan.. Dalam masa yang sama hati lelaki Megat Mirza Alfie dapat melupakan cinta pertamanya dan menerima Nurul Safi Syafiya sebagai cinta kedua dan terakhir baginya.. Setelah hampir tiga tahun dibumi Korea mereka pulang ke tanah air.. Kerana takdir Nurul Safi Syafiya dan Megat Mirza Alfie berpisah dan kerana takdir jugalah mereka bertemu kembali .. Setelah usia perkahwinan mereka hampir satu tahun Tengku Iman Idurah kembali muncul dalam hidup Megat Mirza Alfie untuk menagih cinta pertamanya itu.. Adakah cinta Megat Mirza Alfie tetap utuh untuk Nurul Safi Syaafiya iaitu cinta kedua dan terakhir baginya atau cintanya rapuh setelah mendengar cerita sebenar dari cinta pertamanya iaitu Tengku Iman Idurah..
hehe.. Berdasarkan sinopsis yang dak Sue taipkan ni,, korang tertarik tak nak baca?? Kalau tak tetarik takpalah..Biasalah novel yang dikarang oleh budak sekolah macam dak Sue ni memang banyak cacat celanya..hehe..Tapi dak Sue yakin cerita ini tiada copy paste dari mana-mana pihak.. Cerita ini adalah khayalan dari mahluk allah yang bernama SURAYA BINTI RAMLI (bajet tulis nama hurup besar)..haha
*meowmeowmeow gomahwo*




No comments:
Post a Comment