Hari ini dak Sue nak share dengan korang tempat-tempat menarik yang ada dekat Malaysia ni.. Ikutkan memang semua orang sedia tahu tentang tempat2 menarik dekat Malaysia betul tak?? Tapi entah kenapa malam tadi dak Sue mimpi , dak Sue buat post dekat blog tentang tempat-tempat menarik dekat Malaysia.. Setiap kali taip nama tempat tu tetiba je dak Sue ada dekat situ.. Mimpi yang ridiculous haha..
1)Pulau Redang
Dalam banyak-banyak pulau dekat Malaysia ni, ni lah pulau yang paling dak Sue nak pergi.
Pulau Redang merupakan salah satu Pulau yang terletak di Luat China Selatan.. Pulau Redang juga merupakan salah satu tapak pemuliharaan penyu yang penting di Terengganu. Korang boleh berkunjung ke Pulau Redang dengan menaiki bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peraginan di Malaysia ni.
Jaraknya dari jati Kampung Penaik adalah dalam 30 kilometer(lebih kuranglah). Terdapat juga lapangan terbang kecil di pulau ni.
2) Pulau Sipadan
Pulau Sipadan yang berada di Sabah ni memang menarik perhatian dak Sue. Tengok gambar pun dah tahu Pulau ini tersangatlah indah.. Sangat sempurna ciptaan tuhan kan?? Pulau yang berhampiran dengan Semporna ni adalah salah satu tempat yang paling baik dan bagus di dunia (DUNIA TAW) untuk membuat aktiviti menyelam skub ( scuba diving) .. Mengikut keputusan undian umum yang di keluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia .. Pulau Sipadan tersenarai dalam 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.. Wahhh sumpah bangga jadi rakyat Malaysia..
3) Cameron Highland
Hah kalau nak yang tempat yang agak sejuk, nilah tempatnya.. Memang kelas kau Jah..
Dulu tempat ni sejuk tapi sekarang dah kurang sejuk.. Kalau agak-agak korang nak rasa Strawbarry segar lai-lai datang lah sini.. Cameron Highland juga dikenali sebagai Mangkuk Hijau Malaysia..
4) Bandar Hilir Melaka
Bagi korang mnarik tak tempat ni?? Bagi dak Sue, tempat nie sangat menarik.. Bukan sebab dak Sue orang Melaka tapi sebab dak Sue minat sejarah.. Dekat sini banyak benda yang korang boleh lawat.. Macam-macam input yang korang boleh dapat kalu korang melawat muzium-muzium yang ada dekat bandar hilir ni.. Serious tak tipu, harganya pun murah je( dalam RM5-10) ..
Hari ini tu jelah yang dak Sue nak Share.. Malaysia boleh!! hahha
*meowmeowmeow gomahwo*




No comments:
Post a Comment